Hari ini..dalam sejarah..genap pasangn ke- 9 aku baikkan hubungan diorg bersama..happy..syukur..tiada yg terucap melainkan kalimah Alhamdulillah..walaupn aku tidak mampu melalui saat seperti mereka, cukup la ia membahagiakan dpt membantu mereka..Jauh disudut hati, aku ingin merasainya..apekan daya..Tuhan masih belum mengizinkannya..dan ku anggap ia sebagai ujian ketabahan buatku..
Acap kali yg datang, acap kali kebahagiaan yg menjelma..Mungkin barangkali kata-kata aku yg ckup menusuk kalbu mereka..mungkin juga tutur kata yang membina aku tuturkan menyedarkan mereka..mungkin juga anugerah tuhan untuk aku menolong rakan-rakan yg memerlukan nasihat..Alhamdulillah..Tidak penah aku merasa bangga, melainkan gembira melihat mereka bersatu..walaupn kadang-kadang menitis air mata ini menasihati mereka..bukan kerana sedih..tetapi, aku tidak mahu mereka mengalami seperti yg penah aku alami..dan aku mengerti..sakit itu xkn penah hilang melainkn hanya kemaafan serta kebahagiaan yg menjelma...
dan..tika saat senyuman mereka memancar,ia sebenarnya telah mengajarku erti sebuah perjuangn yg tidak kenal erti putus asa..Mengajarku erti sebuah kebahagiaan yg sebenar..mengajarku erti sebuah kesetiaan...malah..ia mengajarku erti kebesaran Illahi..Ya Rahman, Ya Rahim...fasihkan aku, kuatkn imanku, tarbiahkan diriku, agar aku terus menerus mampu berbakti...Tatkala melihat msg berbalas antara meraka,sekelumit rase gembira hinggap dibirku, dan setitik demi setitik air mata yg tidak tertahan ini bercucuran..aku tidak mampu melalui sepertimu sahabat..ckuplah aku mampu membantumu untuk bahagia..dan ia dtgnya dari niat ikhlasku..aku tidak mengharap apa-apa balasan..ckuplah mereka gembira bersama semula..terima kasih tuhan telah membawa aku ke tahap ini..fasih berbica mengikut hukumMu..dan ia secara tidak lngsung mendidik diriku sendiri..terima kasih memberikan aku lidah yg manis untuk berbicara atas jalanMu..
ya...MEMBINA LEBIH BAIK DARI MENCARI....kalimah ini acapkali menjadi kalimah keramat pertuturanku...dan kalimah ini juga yg acapkali meyapu lembut ingatan meraka bersama..Bercinta itu senang, tapi untuk membina cinta serta menjaga cinta tidak semudah mencari..maka, binalah..binalah sekukuhnya ape yg terdetik dihati selagi ia ke arah kebaikkan...ke arah nilai-nilai Islam..
suke entry blog awak .
ReplyDeletesmart :))