Assalamualaikum..w.b.t..salam ukhwah fillah buat semua...
"Ya Muqtadir"
padaMu kumemohon petunjuk berikankan aku kekuatan permudahkan urusanku buat masa kini dan akan datang andai ia tidak baik untukku, agamaku, dan duniaku maka, elakkan dariku daripadanya andai ia ditakdirkan baik buatku maka, mudahkan laluannya
Ya Allah Yang Maha Mengetahui Putaran alam mengajar erti hakiki seorang insan Bangun, jatuh, gagal, cemerlang Baik, buruk, putih, hitam Mewarnai kanvas kehidupan.Detik cetusan hati kadangkala menyoroti peristiwa
Namun, siapalah kita untuk melawan taqdirNya Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa Atas tiap peri yang berlaku Kalbu gusar tatkala saat genting Dilema memikirkan antara keperluan kehendak Kewajiban yang aula’ atau terpaksa dilepaskan Tuntutan jemaah, keluarga, sahabat Menjadi dacing dan dadu untukku membuat pilihan Ya Nur,
Ya Baqi’ Curahkan padaku rahmat dan nikmatMu Limpahkan cahaya taufiq buatku untuk menetapkannya Berikan hatiku meredhai atas percaturanNya Bukakanlah pintu kejayaan dan jalan keluar bagiku Andai dia tercipta buatku, milikku Perkenankanlah permohonanku.. Ameen..ya rabbal alamin..
Down.
Sedih.
Tersungkur.
Jatuh dan rebah.
Tertusuk duri dan ranjau musibah, ujian dan mehnah.
“ Jarum kesakitannya menusuk tulung belulang diri sehingga jeritan batin itu terpecah mengejutkan bumi”
Kehilangan saudara tersayang, kematian insan akrab,terputus cinta dunia, kesakitan yang memedihkan, kemiskinan yang lara, kegagalan yang melunturkan, kepahitan hidup yang kelat, kekalahan yang menyebakan, kesedihan yang menyakitkan, persengketaan yang tiada kesudahan, permasalahan yang berulang dan segala bentuk musibah yang lain.
Bebanan hidup yang memberatkan dan kesesakan hidup yang memeningkan.
“ Ya Allah, beratnya ujianmu ini. Kenapa aku diuji sebegini ?” Luahan hati kita saat itu.
Semua itu adalah sesuatu yang memeritkan dan terasa akan kepedihannya sehingga ke ulu hati yang dalam. Pernahkah anda merasai semua ini ? Kelihatan anda terdiam seketika, berhenti merenungi sehingga ke hujung nokhtah.
“ .. Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu ..”
[ Ath Thalaq 65 : 3 ]
Diuji dengan ujian kehidupan yang berat sehingga hilang separuh kawalan kesabaran. Musibah yang datang bagaikan tiada titik hentinya. Selepas satu, hadir satu lagi ujian. Bak kata orang, ia datang bertimpa-timpa. Benar-benar teruji dengan segala bentuk kesabaran dan ketabahan tergoncang seketika.
Pernahkah anda mengalaminya? – Saya yakin, kita semua pernah. Ada yang mengangguk tanda setuju.
Inilah warna warni kehidupan. Ada hitam dan putih. Ada saat sedih dan ada ketika gembira. Suka dan dukanya.
Saya masih ingat, ketika saat-saat melanjutkan pelajaran ke UTHM pada pertengahan tahun 2011. Dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran, kehidupan dan alam yang baru – saya dirundung dengan tekanan yang bersangatan. Entah mengapa, saya benar-benar bingung.
“ Suasana pelajaran yang menekan”
“ Perhubungan dengan kenalan-kenalan baru”
“ Kekok dengan alam kampus yang mulai mewarnai corak kehidupan”
“ Dan, pelbagai masalah yang silih bergantian.”
Antara perkara yang menyebabkan saya benar-benar down ketika itu ialah prestasi akademi saya jatuh mendadak. Setiap hari dipenuhi dengan suasana kejar-mengejar ke kelas antara dua fakulti. Saya belajar di dua buah fakulti yang berbeza di mana jaraknya jauh antara satu dengan yang lain. Jika berjalan kaki memakan masa 20 minit).
Kepenatan, kelelahan, kejemuan dan keputus asaan mulai menyelubungi kehidupan seharian saya. Perkara ini berlarutan untuk tempoh yang agak lama, dan saat itu jiwa dan hati saya mulai kekosongan dan terasa benar-benar hambar, kaku dan gersang.
“ Ana rasa penat sangat dengan kehidupan kampus ini, terasa macam ingin berhenti belajar,” Luah hati saya kepada seorang sahabat.
“ Kenapa? Anta ada masalah ke?,” Tanya sahabat saya.
“ Entah la, ana rasa lain sangat sekarang ini. Jiwa kosong dan hati semacam sudah mati. Sebenarnya, ana sedih dengan diri ana,” Kata saya dengan suara yang tersekat-sekat.
“ Sahabat, anta perlu kuat. Jangan bersedih, selalulah mengingati Allah SWT. Kehidupan alam baru ini mungkin sangat baru bagi anta. Tetapi yakinlah inilah kehidupan,” Nasihatnya dengan penuh kesyahduan.
Dialog saya dengan seorang sahabat itu sedikit sebanyak melegakan hati saya. Namun, saya masih resah, gelisah dan gundah gulana. Saya bergegas ke surau kolej, mengambil wudhuk dan mendirikan solat sunat dua rakaat. Dalam solat itu, saya memaksa diri untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Ilahi.
“ Ya Allah, berikanlah aku kekhusyukan. Tenangkan dan kuatkanlah jiwaku,” Rintihan nurani saya dilafazkan.
Malam itu saya bersendirian dan keseorangan. Tiada siapa di sisi. Ketika ini, terasa benar-benar kesunyian dan kesepian. Saya mengambil Al-Quran di rak. Lalu saya menatap mushaf Al-Quran.
“ Sudah lama aku tidak membaca Al-Quran,” Bisik hati kecil saya. Saya tertunduk penuh sambil memejam mata. Air mata tertahan. Saya ingin menangis, tetapi ia terkawal – kelopak mata saya bergenang dengan air yang sejuk.Yasin Merah pemberian insan tersayang tersemat ditangan..menitik kelopak mata menegenangkan pemberian ikhlas itu..bagaimanakah dia disana..baikkah, masih ingat akan ku kah?..YA Allah..kuatnya Kau ujiku Ya Allah..
“ Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah” Terbit dibibir saya satu per satu. Saya sebak. Telah lama hati ini jauh daripadanya. Saya dihanyutkan dengan kelalaian dan kealpaan yang menjarakan antara saya dengan Allah SWT. Mungkin ini dosa penghalang aku mendapatkan impianku..
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Semua yang ada di Langit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu Dia berada dalam aktivitinya.”
[ Ar-Rahman 55 : 29]
Ya Allah, usirkanlah kegelisahan yang mengusik jiwa dan nuraniku ini. Gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan dan hilangkanlah perasaan takut ini dengan ketenteraman. jika benar dia jodohku, dekatkan la kami, usah kau uji sebegini berat sekian lama..
Ya Ilahi, sejukanlah gelora hati ini dengan salju keyakinan dan padamkanlah gelojak api jiwa dengan api keimanan.
Malam itu sungguh luar biasa. Saya terasa akan ketenangan dan kesejukan perasaan yang menghembus lembut di hati saya. MasyaAllah. Malam itu, saya keluar daripada surau menuju ke bilik dengan suatu suntikan baru. Ada sesuatu yang menguatkan. Dan saya sedar :
“ Ia adalah suatu didikan, asuhan dan tarbiyah daripada Allah SWT. Dia sedang menegur saya.”
Suatu ketentuannya
Keesokannya, saya mengajak seorang sahabat saya pergi ke Kedai buku. Itu telah menjadi kebiasaan saya kerana setiap sebulan sekali – saya akan ke sana. Saya mencari ketenangan juga dengan dikelilingi dengan buku-buku, kitab-kitab dan timbunan majalah ilmiah yang berkualiti.
Saya membelek-belek, meninjau-ninjau dan menelaah pelbagai buku. Dengan izin Allah SWT, saya terpandang sebuah buku yang berwarna kuning. Tajuknya menarik minat saya.
Buku La Tahzan, terjemahan Bahasa Melayu : Janganlah bersedih. Terbitan Al-Hidayah Publishers
“ Jangan bersedih – Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.”
Saya memandangnya dengan jiwa yang teruja. Saya tidak pernah merasai perasaan sebegini. Jiwa saya bagaikan terhembus dengan angin-angin sepoi yang mendamaikan apabila membaca kata pengantar penulis berkaitan buku ini :
“ Hiduplah dengan kehidupan sebagaimana hidupnya kehidupan itu sendiri, dengan kebahagiaan dan kerelaan yang membuat anda selalu hidup gembira.”
Kolam hati saya terasa tenang, dan gelora airnya mulai hilang dengan sendiri. “ Bagusnya buku ini, siapa penulisnya?,” Getus hati saya. Saya melihat kulit hadapan semula.
La Tahzan – Inspirasiku
“….. Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah selalu bersama kita…”
[ At-Taubah 9 : 40]
Pulang ke asrama kolej, saya terus mengambil ruang untuk membacanya. Helaian demi helaian saya tatap. Sungguh, buku ini membuatkan saya terpegun.
Saya benar-benar asyik bersiar-siar di taman buku ini. Bunga-bunga intipatinya subur mekar di sanubari saya. Penulisannya kemas, indah dan sangat-sangat mengesani hati saya. Tanpa sedar, ia sedang merawat kedukaan dan kekecewaan yang saya alami selama ini.
“….. nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati…”
[ Al-Baqarah 3 : 38 ]
Saya meneruskan bacaan dengan penuh minat, khusyuk dan asyik. Untaian madahnya sangat-sangat pekat dan melekat di jiwa saya. Sungguh, penulisan sangat-sangat hidup, membangkitkan dan memotivasikan.
“ Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa.”
“ Kesedihan adalah merupakan sahabat akrab kecemasan.”
“ Janganlah bersedih! Kerana di sana banyak jalan meringakan musibah.”
Saya terpaku lama membaca setiap perkataan demi perkataan. Ayat demi ayat. Menyemak dengan penuh teliti setiap halaman demi halaman. Ya, saya puas. Buku ini memberikan satu inspirasi baru kepada saya. Syukran ya Allah, kerana memberikan hamba-Mu ketentuan dengan penemuan buku ini.
Buku yang berjumlah 612 muka surat itu, saya habis dalam tempoh dua minggu. Setiap hari, saya beruntukan beberapa jam untuk membacanya. Di dalamnya,terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menjadi tunjang utama sandaran, hadis sebagai nadi perincian, bait-bait syair yang memperindahkan penerangan, kata-kata ulama sebagai perhiasan yang mengagumkan, catatan pengalaman serta ibrah yang penuh pengajaran, dan pelbagai perumpamaan yang mendidik hati.
Sungguh, kemudian saya mengulangi pembacaan saya untuk kali kedua. Ia sangat luar biasa.
Namun, siapakah penulisnya yang sangat hebat dan luar biasa ini? Saya ingin berkenalan penulis dan pengarang yang sangat mengagumkan ini. terasa satu semangat melawan kesedihan itu..
Saranan Saya
Cari, beli, semak, baca dan hayati buku ini. Terutamanya di saat-saat anda diuji dengan musibah yang mencengkam jiwa dan membebankan diri. InsyaAllah – di dalamnya ada pelbagai solusi yang praktikal, islamik dan yang terpenting ia – berhasil. ( Dengan izin Allah )
La Tahzan, ia memberikan satu sinar harapan baru buat saya. Jika ditanyakan apakah buku yang meninggalkan impak yang mendalam kepada saya?
Pastinya, buku La Tahzan adalah jawapannya.
Dr ‘Aidh menyebutkan dalam tajuk kecil dalam kitabnya itu, Jangan bersedih – Bacalah buku
“ Membaca buku akan membukakan wawasan kalbu, menghasilkan pelajaran dan nasihat. Membaca buku akan memberikan berbagai hikmah, dapat melancarkan lisan dan meningkatkan kemampuan berfikir.”
Beliau menambah lagi :
“ Membaca buku adalah merupakan hiburan bagi yang menyendiri, bisikan bagi hatinya, teman bicara bagi yang berjaga malam, kesenangan bagi orang yang merenung dan pelita bagi yang berjaga malam.”
buat Cinta Syurgaku, Nur Izzati Mahmud, jika itu pilihanmu, teruskan serta usahakanlah ia menjadi kenyataan..Sesungguhnya hati ini telah lama bersedih, mungkin tidak didepanmu, tetapi,percayalah, Allah tidak akan menguji umatnya melampaui iman mereka..yang khilaf itu datang dari diri ini sendiri, tiada yang sempurna..Jika satu masa kau berada ditempatku, carilah buku ini sebagai pembimbingmu utk bangun semula..Insyaallah..
Semoga, anda mendapat sesuatu yang berharga dan bernilai daripadanya.
^_^ UntukMu,Untuku Juga ^_^