Membina lebih Manis Dari Mencari
Di sini saya sekadar berkongsi ilmu mengenai nya..Jika usia perkahwinan sudah mencecah lebih 30 tahun tapi si isteri masih kecewa dengan sikap suami..Apa patut isteri buat ya??Adakah jalan berpisah penyelesaian nya?
kaum isteri, bakal isteri.. pun tak slaah baca..kita ikuti perbualan antara isteri yang kecewa dengan sikap sambil lewa suami
memang panjang tapi bacalah..moga-moga IA BERMANFAAT ..BUKAN SAHAJA BUAT SUAMI MALAH ISTERI..InsyaAllah,,Ya Rabb
JOm Baca..
Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”
“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”
“Mengapa pula?” tanya si isteri.
“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”
“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”
Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’
Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:
i)FOKUS PADA TANGGUNGJAWAB BUKAN MENUNTUT HAK
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.
Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?
Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.
Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.
Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.
Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.
Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.
ii) SERING BERDAMPING DENGAN ORANG YANG POSITIF
Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?
Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.
iii) JADIKAN SEKARANG MASA PALING GEMBIRA
Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!
iv) CARI JALAN MENGATASI STRESS
Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.
Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?
Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.
v) JANGAN TERLALU SERIUS
Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?
Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.
Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!
Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.
Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…
Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
sekian...BerCINTA BUKAN dengan MENCARI, Tetapi dengan MEMBINA, dan Dari situ akan TERBIT KEBAHAGIAAN dalam PENERIMAAN...
_________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup Anda
Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah
bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan
yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan
watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan
kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan.
Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian
yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.
Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu
sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan
pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau
Tidak?
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang
sama atau hampir sama?
(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap
nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?
(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling
hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?
(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan
sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu
menguzurkan diri?
(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?
(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi
sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?
(8) Adakah si dia itu seorang yang tidak meninggalkan
solatnya?
(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini
dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada
kewajipan-kewajipan agamanya?
(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki
muzik dan bukan juga kaki rockers ?
(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai
pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?
(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang
rukun damai dengan keluarganya?
(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai
atau pemboros?
(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu
dan syak wasangka?
(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat
tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?
(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian
yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?
(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana
tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?
(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan
agama kepada anak-anak anda nanti?
(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat
istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?
Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan
Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu
membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan
dan kejayaan.
Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka
perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang
yang pahit.
Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai
sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian..
________________________________________________________________________________
10 Petua Menjadi Suami Mithali
1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi.
Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka
perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang
berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar
daripada masalah yang mereka hadapi.
2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira
taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan
sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan
masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian
berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan
pejabat suami secara tidak langsung.
3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan
dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri
tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia
terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi
kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk
menyediakan persiapan untuk esok hari.
4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus
dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai
dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas
berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan
oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda
sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika
ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.
5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian
hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami
seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia
memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup
sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika
'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda
sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima
kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".
6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika
isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa
berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak
berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri
anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu
melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?
7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari
isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda
tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar
menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati
makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab
isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan
bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita
berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami
dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai
wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah
suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang
dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa
bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik.
Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.
10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda
mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begtu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan
segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa
ciuman suami kepada isteri...
Dengan membina hidup lebih bahagia , dengan mencari hidup hanya penuh dengan angan-angan...
_______________________________________________________________________________
Dengan Redha Allah, Hidup Jadi Bahagia
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
_______________________________________________________________________________
Dengan Redha Allah, Hidup Jadi Bahagia
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9 TIPS BUAT HIDUP LEBIH BAHAGIA
1. Jangan Takut dan Khawatir
Perasaan takut dan khawatir merupakan pikiran kita yang
paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau
takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat
jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup?
…. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam,
sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal
yang positif.
3. Fokus Pada Satu Masalah
Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah
kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara
sekaligus karena justru akan membuat kita semakin stress.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesehatan tidur
kita. Pikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat
kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal
yang mulia, tetapi jika kita mengambil porsi terbesar untuk menyelesaikan
masalah orang lain tersebut justru itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang
tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri dengan porsi terbesar.
6. Jangan Hidup di Masa Lalu
Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang
menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. Konsentrasilah
dengan apa yang terjadi saat ini, karena kita pun akan bisa merasakan banyak
kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh
lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan
mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik
Mungkin sebagian besar orang termasuk saya :) susah untuk
menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain
yang mendengarkan omongan kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan
orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna
bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan Bahkan Mengacaukan
Hidup Anda
Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah
janganlah kita menyerah pada frustasi. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan
positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu
Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita
dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif,
karena saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang
bisa kita pelajari.
No comments:
Post a Comment