Tenangkan hatiku ya rabbi...
Assalamualaikum sahabat
mayaku...Hurmm, hari ni teringin pula saya berkongsikan kata-kata bagi merawat
dan menyembuh hati yang sakit. Mungkin ekoran luka-luka dosa yang melakukan
dosa. Mungkin juga luka akibat dihiris dengan kata-kata insan sekeliling.
Namun, tidak mengapa. Jangan terus bersedih. Cuba rawat kembali jiwa dan hati
kita dengan mencari mutiara kata yang mampu memulihkannya semula.
"Ya Allah, izinkan aku mencuci
hatiku. Kerana aku tahu, semangatku bermulanya di sini. Yakni Hati yang
tenang."
Jiwaku menasihatiku dan
mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang
mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai.
Jiwaku berkata padaku dan
menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan
mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.
Jiwaku menasihatiku dan
mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan
luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di
dalaman.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku
untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia
memintaku agar mendengar suara – suara yang lahir dari sanubari setiap insani
agar diriku sensitif dengan setiap kata – kata dan perbuatan yang lahir dari
peribadi.
Jiwaku menasihatiku dan
mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang
diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui
hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.
Jiwaku berkata padaku dan
menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang
menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa
berdosanya diriku.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku
selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan,
yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan
semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan
kegelapan.
Jiwaku mengatakan padaku dan
mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai
mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada
sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang – kadang lahir
dari keperitan dan kesengsaraan.
Jiwaku berkata padaku dan
menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang
menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa
berdosanya diriku.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku
selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan,
yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan
semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh
dengan kegelapan.
Jiwaku mengatakan padaku dan
mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai
mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada
sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang – kadang lahir
dari keperitan dan kesengsaraan.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku
agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan
kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada
Allah yang Maha Mulia.
Jiwaku menasihatiku dan
memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski
aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan
yang menerobos kedalam hati – hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.
Jiwaku menasihatiku dan
mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari
dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk
mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.
Jiwaku menasihatiku dan
mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada
sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham
yang menguntungkan diriku di sana kelak.
Jiwaku menasihatiku dan
menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa
sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya
kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan,
dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran..!!
Jiwaku mahu sahabat – sahabatku
tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang
terjamin Syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang
nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba
biasayang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.
Jiwaku menasihatiku dan
saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta.
Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba
Allah yang sebenar – benarnya.
~~~Cinta Bahagia kerana Membuatmu ceria, Cinta derita kerana Membuatmu Dewasa~~~
^_^ UntukMu,Untuku Juga ^_^