Salam sahabat,
Aku tidaklah sehebat dalam beragama. Tetapi alhamdulillah
Allah masih beri peluang untuk aku menilai dan mengambil iktibar dari semua
perjalanan hidup yang aku tempuh. Aku mengenal erti cinta. Tapi yang silapnya
cinta itu terlalu taksub kepada manusia bukan kepada penciptaNya. Memang betul
aku sudah gagal beribu-ribu kali dalam percintaan.
Tapi mungkin tidak serik. Dan akhir sekali aku bercinta
dengan seorang wanita yang aku rasakan dia cukup sempurna. Mungkin kerana
terlalu cinta perasaan itu bertukar kepada ingin memiliki. Entah bagaimana di
penghujung jalan cerita kami, putus tanpa alasan meninggalkan aku seorang diri
mencari apa kesalahan yang mungkin aku belum perbaiki.
Aku sedih tetapi tidak meratapi. Sebulan berlalu akhirnya wanita
itu bersama dengan orang lain. Aku pelik, aku marah, aku sedih. Insan yang
seterusnya bukan saingan aku itu yang pasti tetapi aku rasa terhina. Dia
bukanlah insan yang seperti didambakan di dalam hati seorang wanita itu untuk
menjadi seorang suami. Mungkin perasaan cemburu, ego dan marah masih di hati.
Dalam pada itu aku bersyukur padamu Ya Rabbi. Aku muhasabah
diri. Empat bulan cuti yang diperuntukkan bagi seorang mahasiswa/I diisi dengan
membentuk rohani. Aku berterima kasih pada wanita itu seikhlas hati.tanpa
cabarannya, aku tidak akan menjadi seperti hari ini.
Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Mungkin aku masih
lalai berdiri di muka bumi ini.
Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Mungkin aku masih
membongkak diri
Kalau tak kerana kau tak tinggalkan aku. Yang pasti aku
tidak kenal cinta Ilahi seperti hari ini.
Semuanya aku berterima kasih kepada engkau. Apa yang selalu
terjadi aku selalu mendoakan engkau betul-betul mendapat apa yang engkau
hajati.
Doakan lah aku betul-betul berada di samping Ya Rahman
nanti. Aku masih mencari jalan untuk perubahan diri. Bantulah aku sahabat
sekalian.
Bangkitlah wahai pembenci cinta dan menyalahkan cinta. Cinta
itu ada. Tetapi sebelum kita mencari cinta kepada manusia carilah cinta kepada
Pencipta agar tidak mudah kecewa.
“Kalau aku merasakan engkau adalah cukup sempurna. Maka aku
telah salah menilai kesempurnaan itu”
“ Kalau kita jatuh bukan bermakna kita kalah tetapi mungkin
kerana kita salah. Kalau kita salah bukan bermakna kita menyerah tetapi mungkin
kerana kita perlu muhasabah”